Syurga berbangga kepada neraka

TEKS BAHASA ARAB

فخرت الجنة على النار فقالت: أنا خير منك. فقالت النار: بل أنا خير منك. فقالت الجنة استفهاما: ومم؟! قالت: لأن في الجبابرة، ونمروذ وفرعون؛ فأسكتت. فأوحى الله إليها: لا تخضعين، لأزينن ركنيك بالحسن والحسين؛ فماست كما تميس العروس في خدرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syurga berbangga kepada neraka. Syurga berkata: Aku lebih baik berbanding kamu. Neraka berkata: Tidak, bahkan aku yang lebih baik daripada kamu. Syurga bertanya kepada neraka: Kamu berbangga dengan apa? Neraka berkata: Kerana di dalam aku ada orang yang kejam, Namrud, ada Fir’aun. Lalu neraka didiamkan. Lantas Allah memberikan wahyu kepada syurga: Jangan kamu tunduk. Aku akan hiasi dua tiang kamu dengan al-Hasan dan al-Husain. Lalu ia longlai seperti longlainya pengantin kerana mabuk melihat pasangannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1932, hadis nombor 9690. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ قال: فخرت الجنة على النار فقالت: أنا خير منك. فقالت النار:بل أنا خير منك. فقالت لها الجنة استفهاماً: ومِمَّ؟ قالت: لأن في الجبابرة، ونمرود، وفرعون، فُأسكِتَتْ، فأوحى الله إليها: لا تخضعين، لأزينن ركنيك بالحسنِ والحسينِ، فماسَتْ كما تَمِيسُ العروسُ في خدرها.
[طس، ((الضعيفة)) (6199)]

(Palsu)
Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Syurga berbangga kepada neraka. Syurga berkata: Aku lebih baik berbanding kamu. Neraka berkata: Tidak, bahkan aku yang lebih baik daripada kamu. Syurga bertanya kepada neraka: Kamu berbangga dengan apa? Neraka berkata: Kerana di dalam aku ada orang yang kejam, Namrud, ada Fir’aun. Lalu neraka didiamkan. Lantas Allah memberikan wahyu kepada syurga: Jangan kamu tunduk. Aku akan hiasi dua tiang kamu dengan al-Hasan dan al-Husain. Lalu ia longlai seperti longlainya pengantin kerana mabuk melihat pasangannya.
[Riwayat Al-Tabarani dalam Al-Mu'jam Al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6199]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs