Nabi SAW pada suatu hari sedang duduk bersama dengan para sahabat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان النبي صلى الله عليه وسلم قاعدا بعد المغرب ومعه أصحابه، إذ مرت به رفقة يسيرون، سائقهم يقرأ، وقائدهم يحدو، فلما رآهم رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ قام يهرول بغير رداء، فقالوا: يا رسول الله نكفيك! فقال: دعوني أبلغهم ما أوحي إلي في أمرهم. فلحقهم، فقال: أين تريدون في هذه الساعة؟ فإن لله في السماء سلطانا عظيما يوجهه إلى الأرض، فلا تسيروا ولا خطوة، إلا ما يجد الرجل في بطنه ومثانته من البول الذي لا يجد منه بداً، ثم ولا خطوة، وأما أنت يا سائق القوم! فعليك ببعض كلام العرب من رجزها، وإذا كنت راكبا؛ فاقرأ، وعليكم بالدلجة؛ فإن لله عز وجل ملائكة موكلين يطوون الأرض للمسافر؛ كما تطوى القراطيس، وبعد الصبح يحمد القوم السرى، ولا يصحبنكم شاعر ولا كاهن، ولا يصحبنكم ضالة، ولا تردوا سائلا إن أردتم الربح والسلامة وحسن الصحابة، فعجب لي كيف أنام حين تنام العيون كلها؛ فإن الله ورسوله ينهاكم عن المسير في هذه الساعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW pada suatu hari sedang duduk bersama dengan para sahabat baginda sesudah solat maghrib. Tiba-tiba ada segerombolan manusia melalui kawasan tersebut. Pemandu mereka sedang membaca manakala pemimpin mereka pula sedang mengikat haiwan tunggangan. Sebaik sahaja Rasulullah SAW melihat mereka, baginda segera bangun lalu berlari-lari anak menuju ke arah mereka tanpa membawa rida’ baginda. Lalu para sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah mencukupi bagi kamu (iaitu biarlah kami sahaja yang pergi). Kemudian baginda bersabda: Biarkanlah aku menyampaikan kepada mereka apa yang telah diwahyukan kepadaku berkenaan dengan urusan mereka. Lalu baginda pun bertemu dengan mereka, dan bersabda: Ke manakah kamu ingin pergi pada waktu begini? Kerana di langit Allah memiliki kekuasaan yang besar yang dia hadapkan ke arah bumi. Tidaklah kamu melalui atau melangkah, melainkan dia tidak mendapati seorang lelaki yang mana di dalam perut dan pundi kencingnya terdapat air kencing yang dia perlu membuangnya. Adapun kamu wahai pemandu bagi kaum ini. Ke atas kamu sebahagian ucapan orang arab daripada larangannya. Dan apabila kamu menunggang, maka bacalah dan ke atas kamu semua berjalan pada akhir malam. Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mempunyai para malaikat yang melipatkan bumi ini untuk orang yang bermusafir, sebagaimana dilipatnya kertas-kertas lembaran. Selepas subuh, bersabarlah kamu semua. Janganlah ada penyair ataupun bomoh yang menemani kamu dan janganlah orang yang sesat menemani kamu. Janganlah kamu menolak seseorang yang meminta sekiranya kamu inginkan keuntungan, keselamatan, dan persahabatan yang baik. Aku berasa aneh bagaimana aku dapat tidur ketika mana semua mata itu sedang tidur. Sesungguhnya Allah dan RasulNya melarang kamu daripada bermusafir pada waktu ini.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 160 hadis nombor 798. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: كان النبي صلى الله عليه وسلم قاعدا بعد المغرب ومعه أصحابه، إذ مرت به رفقة يسيرون، سائقهم يقرأ، وقائدهم يحدو، فلما رآهم رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ قام يهرول بغير رداء، فقالوا: يا رسول الله نكفيك! فقال: دعوني أبلغهم ما أوحي إلي في أمرهم. فلحقهم، فقال: أين تريدون في هذه الساعة؟ فإن لله في السماء سلطانا عظيما يوجهه إلى الأرض، فلا تسيروا ولا خطوة، إلا ما يجد الرجل في بطنه ومثانته من البول الذي لا يجد منه بداً، ثم ولا خطوة، وأما أنت يا سائق القوم! فعليك ببعض كلام العرب من رجزها، وإذا كنت راكبا؛ فاقرأ، وعليكم بالدلجة؛ فإن لله عز وجل ملائكة موكلين يطوون الأرض للمسافر؛ كما تطوى القراطيس، وبعد الصبح يحمد القوم السرى، ولا يصحبنكم شاعر ولا كاهن، ولا يصحبنكم ضالة، ولا تردوا سائلا إن أردتم الربح والسلامة وحسن الصحابة، فعجب لي كيف أنام حين تنام العيون كلها؛ فإن الله ورسوله ينهاكم عن المسير في هذه الساعة.
[طس، ((الضعيفة)) (6847)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Nabi SAW pada suatu hari sedang duduk bersama dengan para sahabat baginda sesudah solat maghrib. Tiba-tiba ada segerombolan manusia melalui kawasan tersebut. Pemandu mereka sedang membaca manakala pemimpin mereka pula sedang mengikat haiwan tunggangan. Sebaik sahaja Rasulullah SAW melihat mereka, baginda segera bangun lalu berlari-lari anak menuju ke arah mereka tanpa membawa rida’ baginda. Lalu para sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami telah mencukupi bagi kamu (iaitu biarlah kami sahaja yang pergi). Kemudian baginda bersabda: Biarkanlah aku menyampaikan kepada mereka apa yang telah diwahyukan kepadaku berkenaan dengan urusan mereka. Lalu baginda pun bertemu dengan mereka, dan bersabda: Ke manakah kamu ingin pergi pada waktu begini? Kerana di langit Allah memiliki kekuasaan yang besar yang dia hadapkan ke arah bumi. Tidaklah kamu melalui atau melangkah, melainkan dia tidak mendapati seorang lelaki yang mana di dalam perut dan pundi kencingnya terdapat air kencing yang dia perlu membuangnya. Adapun kamu wahai pemandu bagi kaum ini. Ke atas kamu sebahagian ucapan orang arab daripada larangannya. Dan apabila kamu menunggang, maka bacalah dan ke atas kamu semua berjalan pada akhir malam. Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mempunyai para malaikat yang melipatkan bumi ini untuk orang yang bermusafir, sebagaimana dilipatnya kertas-kertas lembaran. Selepas subuh, bersabarlah kamu semua. Janganlah ada penyair ataupun bomoh yang menemani kamu dan janganlah orang yang sesat menemani kamu. Janganlah kamu menolak seseorang yang meminta sekiranya kamu inginkan keuntungan, keselamatan, dan persahabatan yang baik. Aku berasa aneh bagaimana aku dapat tidur ketika mana semua mata itu sedang tidur. Sesungguhnya Allah dan RasulNya melarang kamu daripada bermusafir pada waktu ini.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6847]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.