TEKS BAHASA ARAB
قال الله: أيها الشاب! التارك شهوته لي، المبتذل شبابه من أجلي، أنت عندي كبعضِ ملائكتي، ولك عندي كل يوم وليلة أجر صديق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah berfirman: Wahai anak muda, yang meninggalkan syahwatnya keranaKu, yang menghabiskan masa mudanya keranaKu, kamu di sisiKu adalah seperti sebahagian malaikatKu. Dan untuk kamu di sisiKu pahala seorang siddiq pada setiap hari dan malam.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 160 hadis nombor 799. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: قال الله: أيها الشاب! التارك شهوته لي، المبتذل شبابه من أجلي، أنت عندي كبعضِ ملائكتي، ولك عندي كل يوم وليلة أجر صديق.
[عد، الجرجاني، ((الضعيفة)) (6588)]
(Palsu)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: Wahai anak muda, yang meninggalkan syahwatnya keranaKu, yang menghabiskan masa mudanya keranaKu, kamu di sisiKu adalah seperti sebahagian malaikatKu. Dan untuk kamu di sisiKu pahala seorang siddiq pada setiap hari dan malam.
[Diriwayatkan dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi dan al-Jurjani. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6588]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.