Nabi SAW mendengar selawat yang dibacakan

TEKS BAHASA ARAB

إنه يسمع صلاة من يصلي عليه وإن كان نائيا من قبره بلا واسطة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW mendengar selawat yang dibacakan walaupun seseorang itu berselawat jauh dari kubur Nabi, Nabi tetap akan dengar tanpa perantaraan.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 46. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَمِنْهَا مَا يذكرُونَهُ عِنْد ذكر السَّمَاعِ الْمُحَمَّدِيِّ إِنَّهُ يَسْمَعُ صَلاةَ مَنْ يُصَلِّي عَلَيْهِ وَإِنْ كَانَ نَائِيًا مِنْ قَبْرِهِ بِلا وَاسِطَةٍ.
وَهَذَا بَاطِلٌ لَمْ يَثْبُتْ بِرِوَايَةٍ بَلِ الثَّابِتُ خِلافُهُ، فَقَدْ قَالَ النَّبِي مَنْ صَلَّى عَلَيَّ عِنْدَ قَبْرِي سَمِعْتُهُ، وَمَنْ صَلَّى عَلَيَّ نَائِيًا أَيْ بَعِيدًا وَكَّلَ اللَّهُ بِهَا ملكا يبلغنِي وَكُفِيَ أَمْرَ دُنْيَاهُ وَآخِرَتِهِ وَكُنْتُ لَهُ شَفِيعًا وَشَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ. أخرجه الْبَيْهَقِيّ فِي شعب الْإِيمَان وَأَبُو الشَّيْخ فِي كتاب الثَّوَاب والعقيلى فِي كتاب الضُّعَفَاء، وَله شَوَاهِد بسط الْكَلَام فِيهَا السُّيُوطِيّ فِي اللالئ المصنوعة وَابْن عراق فِي تَنْزِيه الشَّرِيعَة.

Di antaranya juga kisah yang menyebutkan bahawa Nabi SAW mendengar selawat yang dibacakan walaupun dia berselawat jauh dari kubur Nabi, Nabi tetap akan dengar tanpa perantaraan.

Ini adalah satu perkara yang batil. Ia tidak sabit dalam mana-mana riwayat bahkan hadis yang ada bercanggah dengan apa yang disebutkan. Nabi SAW telah bersabda :

من صلي علي عند قبري سمعته ومن صلى علي نائيا أي بعيدا وكل الله بها ملكا يبلغني وكفى أمر دنياه وآخرته وكنت له شفيعا وشهيدا يوم القيامة
Maksudnya : “Sesiapa yang berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku dengar selawatnya. Jika dia berselawat kepadaku jauh dari kuburku maka Allah akan wakilkan malaikat untuk sampaikan kepada aku. Telah cukup dunia dan akhiratnya. Aku ini merupakan pemberi syafaat dan saksi untuknya pada hari kiamat.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Baihaqi di dalam dalam Syua’b Al-Iman,Abu Al-Sheikh di dalam kitab Al-Thawab dan Al-‘Uqaili di dalam kitab Al-Dhu’afa’. Ia juga mempunyai syawahid iaitu riwayat sokongan. Isu ini telah disebutkan oleh Al-Suyuti di dalam Al-Laali Al-Masnu’ah dan Ibnu ‘Iraq di dalam Tanzih Al-Syariah.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs