Ketika mana pada satu malam, jarum yang berada di tangan Aisyah RA jatuh

TEKS BAHASA ARAB

أنه في ليلة من الليالي سقطت من يد عائشة إبرته ففقدت فالتمستها ولم تجد فضحك النبي وخرجت لمعة أسنانه فأضاءت الحجرة ورأت عائشة بذلك الضوء إبرته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika mana pada satu malam, jarum yang berada di tangan Aisyah RA jatuh. Dia terhilangkannya lalu mencarinya. Namun, dia tidak menjumpainya. Maka Nabi SAW pun ketawa sehingga keluar cahaya di giginya. Maka bersinarlah bilik tersebut. Maka dengan cahaya itu, Aisyah menjumpai jarum tersebut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 45-46. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَمِنْهَا، مَا يَذْكُرُهُ الْوُعَّاظُ عِنْدَ ذِكْرِ الْحَسَنِ الْمُحَمَّدِيِّ أَنَّهُ فِي لَيْلَةٍ مِنَ اللَّيَالِي سَقَطَتْ مِنْ يَدِ عَائِشَةَ إبرته فَفُقِدَتْ فَالْتَمَسَتْهَا وَلَمْ تَجِد فَضَحِكَ النَّبِيُّ وَخَرَجَتْ لَمْعَةُ أَسْنَانِهِ فَأَضَاءَتِ الْحُجْرَةَ وَرَأَتْ عَائِشَةُ بِذَلِكَ الضَّوْءِ إبرته.
وَهَذَا، وَإِن كَانَ مَذْكُورا فِي معارج النُّبُوَّة وَغَيره من كتب السّيرالجامعة للرطب واليابس فَلَا يسْتَند بِكُل مَا فِيهَا إِلَّا النَّائِم والناعس وَلكنه لم يثبت رِوَايَة ودراية.

Di antaranya juga apa yang disebutkan oleh para penceramah tentang kebaikan Nabi Muhammad ketika mana pada satu malam, jarum yang berada di tangan Aisyah RA jatuh. Dia terhilangkannya dan mencarinya. Namun, dia tidak menjumpainya. Maka Nabi SAW pun ketawa sehingga keluar cahaya di giginya. Maka bersinarlah bilik tersebut. Maka dengan cahaya itu, Aisyah menjumpai jarum tersebut.
Walaupun kisah ini terdapat di dalam kisah Mikraj kenabian dan selainnya daripada kitab-kitab sirah yang menghimpunkan semua perkara. Tetapi tidak ada yang meletakkan sandaran melainkan orang yang tidur dan mengantuk. Tetapi ia tidak sabit dari sudut riwayat mahupun dirayat.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs