Nabi SAW melarang bersugi

TEKS BAHASA ARAB

نهى صلى الله عليه وسلم عن السواك بعود الريحان والرمان؛ وقال: إنه يحرك عرق الجذام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW melarang bersugi dengan menggunakan kayu al-Rayḥān dan delima. Dan Baginda SAW telah bersabda: “Sesungguhnya ia menggerakkan saluran kusta.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 92, hadis nombor 465. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ضمرة بن حبيب، قال: نهى صلى الله عليه وسلم عن السواك بعود الريحان والرمان؛ وقال: إنه يحرك عرق الجذام.
[أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (4718)]

(Lemah)
Daripada Ḍamrah ibn Ḥabīb telah berkata: “Nabi SAW melarang bersugi dengan menggunakan kayu al-Rayḥān dan delima. Dan Baginda SAW telah bersabda: “Sesungguhnya ia menggerakkan saluran kusta.”
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ṭib al-Nabawī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4718]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.