Nabi SAW melarang mencukur bahagian hujung leher

TEKS BAHASA ARAB

نهى صلى الله عليه وسلم عن حلق القفا إلا للحجامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW melarang mencukur bahagian hujung leher melainkan untuk berbekam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 91, hadis nombor 464. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه -، قال: نهى صلى الله عليه وسلم عن حلق القفا إلا للحجامة.
[طس، عد، أبو نعيم في ((أخبار الأبحان))، ((الضعيفة)) (3496) (4727)]

(Lemah)
Daripada ‘Umar ibn al-Khaṭṭāb RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Nabi SAW melarang mencukur bahagian hujung leher melainkan untuk berbekam.”
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil dan Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. (3496, 4727)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.