Nabi SAW kerap mengenakan nawrah [untuk mencabut rambut

TEKS BAHASA ARAB

كان يتنور في كل شهر ويقلم أظفاره في كل خمس عشرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW kerap mengenakan nawrah (untuk mencabut rambut) pada setiap bulan, dan mengetip kuku Baginda setiap 15 hari.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1046, hadis nombor 5344. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: كان يتنور في كل شهر ويقلم أظفاره في كل خمس عشرة. [الخطيب في الجامع، ابن عساكر، الضعيفة (1750)]

[Lemah] Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Nabi SAW kerap mengenakan nawrah (untuk mencabut rambut) pada setiap bulan, dan mengetip kuku Baginda setiap 15 hari. [Riwayat al-Khatib dalam al-Jami‘ dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1750]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

pada setiap bulan]

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs