Rasulullah SAW kerap ke tempat mandi, dan mengenakan nawrah

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم يدخل الحمام وكان يتنور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW kerap ke tempat mandi, dan mengenakan nawrah (untuk mencabut rambut].

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1046, hadis nombor 5345. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن محمد بن زياد الألهاني قال: كان ثوبان جارا لنا وكان يدخل الحمام فقلت له قال: كان صلى الله عليه وسلم يدخل الحمام وكان يتنور. [ابن عساكر، الضعيفة (1801)]

[Sangat lemah] Daripada Muhammad bin Ziyad al-Alhani, beliau berkata, Thawban merupakan jiran saya, dia selalu ke tempat mandi. Saya bertanya kepadanya perihal itu, lalu beliau berkata: Rasulullah SAW kerap ke tempat mandi, dan mengenakan nawrah (untuk mencabut rambut). [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1801]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs