TEKS BAHASA ARAB
كان يستحب أن يصلي بعد نصف النها فقالت عائشة: يا رسول الله أراك تستحب الصلاة هذه الساعة؟ قال: تفتح فيها أبواب السماء وينظر الله تبارك وتعالى بالرحمة إلى خلقه وهي صلاة كان يحافظ عليها آدم ونوح وإبراهيم وموسى وعيسى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW gemar menunaikan solat setelah berlalu separuh siang. ‘Aishah bertanya: Wahai Rasulullah, saya lihat kamu gemar solat pada waktu ini? Baginda SAW memberitahu: Pada waktu ini, pintu-pintu langit sedang dibuka, dan Allah sedang memandang ciptaan-Nya dengan penuh kasih. Solat yang saya lakukan adalah solat yang dilakukan oleh Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan ‘Isa secara konsisten.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1067, hadis nombor 5442. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ثوبان رضي الله عنه قال: كان يستحب أن يصلي بعد نصف النها فقالت عائشة: يا رسول الله أراك تستحب الصلاة هذه الساعة؟ قال: تفتح فيها أبواب السماء وينظر الله تبارك وتعالى بالرحمة إلى خلقه وهي صلاة كان يحافظ عليها آدم ونوح وإبراهيم وموسى وعيسى. [البزار، الضعيفة (5052)]
(Terlalu lemah) Daripada Thawban RA, beliau menceritakan: Nabi SAW gemar menunaikan solat setelah berlalu separuh siang. ‘Aishah bertanya: Wahai Rasulullah, saya lihat kamu gemar solat pada waktu ini? Baginda SAW memberitahu: Pada waktu ini, pintu-pintu langit sedang dibuka, dan Allah sedang memandang ciptaan-Nya dengan penuh kasih. Solat yang saya lakukan adalah solat yang dilakukan oleh Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan ‘Isa secara konsisten. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah (5052)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.