Nabi SAW memberikan bahagian (harta rampasan perang) pada hari Khaibar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قسم صلى الله عليه وسلم يوم خيبر لسهلة بنت عاصم بن عدي، ولابنة لها ولدت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW memberikan bahagian (harta rampasan perang) pada hari Khaibar untuk Sahlah Bin ‘Asim Bin ‘Adiy dan anak perempuannya yang dilahirkan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1933, hadis nombor 9696. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ثابت بن الحارث الأنصاري قال: قَسَمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ خَيْبَرَ لِسَهْلَةَ بنتِ عَاصِمِ بن عَدِيٍّ، وَلابْنَةٍ لَهَا وُلِدَتْ.
[طب، أبو نعيم في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (6117)].

(Lemah)
Daripada Thabit Bin Al-Harith al-Ansari, beliau berkata: Nabi SAW memberikan bahagian (harta rampasan perang) pada hari Khaibar untuk Sahlah Bin ‘Asim Bin ‘Adiy dan anak perempuannya yang dilahirkan.
[Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Abu Nuaim dalam al-Ma’rifah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6117]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.