Ketika Baginda SAW membahagikan harta rampasan Khaibar, Jibril AS ada di sebelah Baginda

TEKS BAHASA ARAB

كان يقسم غنائم خيبر وجبريل عليه السلام إلى جنبه فجاء ملك فقال: إن ربك عز وجل يأمرك بكذا وكذا، فخشي النبي صلى الله عليه وسلم أن يكون شيطاناً، فقال لجبريل عليه السلام: تعرفه؟ فقال: هو ملك، وما كل ملائكة ربك أعرف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Baginda SAW membahagikan harta rampasan Khaibar, Jibril AS ada di sebelah Baginda. Tiba-tiba datang malaikat, lalu berkata: Sesungguhnya Tuhanmu memerintahkan kamu untuk melakukan begini dan begitu. Nabi SAW risau jika yang datang itu adalah syaitan, maka Baginda bertanya kepada Jibril: Adakah kamu kenal malaikat ini? Jibril menjawab: Dia adalah malaikat. Tetapi aku tidaklah mengenali semua malaikat Tuhanmu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1118, hadis nombor 5650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: ككان يقسم غنائم خيبر وجبريل عليه السلام إلى جنبه فجاء ملك فقال: إن ربك عز وجل يأمرك بكذا وكذا، فخشي النبي صلى الله عليه وسلم أن يكون شيطاناً، فقال لجبريل عليه السلام: تعرفه؟ فقال: هو ملك، وما كل ملائكة ربك أعرف. [عد، ابن الجوزي في العلل، الضعيفة (6595)].

(Sangat munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau menceritakan : Ketika Baginda SAW membahagikan harta rampasan Khaibar, Jibril AS ada di sebelah Baginda. Tiba-tiba datang malaikat, lalu berkata: Sesungguhnya Tuhanmu memerintahkan kamu untuk melakukan begini dan begitu. Nabi SAW risau jika yang datang itu adalah syaitan, maka Baginda bertanya kepada Jibril: Adakah kamu kenal malaikat ini? Jibril menjawab: Dia adalah malaikat. Tetapi aku tidaklah mengenali semua malaikat Tuhan kamu. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, riwayat Ibn al-Jauzi dalam al-‘ilal. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6595]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.