Nabi Muhammad SAW selalu dipayungi oleh awan

TEKS BAHASA ARAB

أن الغمام كان يظل النبي صلى الله عليه وسلم دائما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya baginda Nabi Muhammad SAW selalu dipayungi oleh awan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 71, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فمن الموضوعات ما قال ابن تيمية: مثل نقل كثير من العامة أن الغمام كان يظل النبي صلى الله عليه وسلم دائما. قال: وهذا لا يوجد في شيء من كتب / المسلمين، بل هو كذب عندهم. إنما نقل أن الغمامة أظلته لما كان صغيرا وقدم مع عمه إلى الشام تاجرا ورأى بحيرا الراهب.

Antara hadis palsu yang telah disebut oleh Ibn Taimiyyah: Seperti yang telah dinukilkan oleh kebanyakan orang awam bahawa sesungguhnya baginda Nabi Muhammad SAW selalu dipayungi oleh awan. Ibn Taimiyyah telah berkata bahawa hadis ini tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadis atau daripada kalangan orang muslimin bahkan hadis ini merupakan hadis palsu dalam kalangan mereka. Sesungguhnya apa yang telah dinukilkan bahawa awan yang memayungi baginda Nabi Muhammad SAW sama ada baginda Nabi Muhammad SAW dalam keadaan masih kecil dan ketika berjalan bersama bapa saudaranya hingga ke Syam sebagai peniaga dan seorang rahib telah melihat keadaan ini.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs