Muliakanlah ibu saudara kalian si pokok kurma

TEKS BAHASA ARAB

أكرموا عمتكم النخلة، فإنها خلقت من الطين الذي خلق منه آدم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Muliakanlah ibu saudara kalian si pokok kurma. Kerana sesungguhnya ia diciptakan daripada tanah (yang sama) yang daripadanya diciptakan Adam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 96, hadis nombor 62. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وحديث: "أكرموا عمتكم النخلة، فإنها خلقت من الطين الذي خلق منه آدم". ضعيف.

Dan hadis: "Muliakanlah ibu saudara kalian si pokok kurma. Kerana sesungguhnya ia diciptakan daripada tanah (yang sama) yang daripadanya diciptakan Adam".
(Hadis ini) dhaif.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs