TEKS BAHASA ARAB
بني الدين على النظافة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Agama itu dibina di atas kebersihan.
STATUS
Tidak dijumpai
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 96, hadis nombor 64. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وحديث: "بني الدين على النظافة".
قال العراقي: لم أجده هكذا. بل: "تنظفوا فإن الإسلام نظيف".
Dan hadis: "Agama itu dibina di atas kebersihan"
Al-‘Iraqi telah berkata: Aku tidak mendapatinya seperti ini, tetapi (dengan lafaz): "Bersihkanlah diri kalian, kerana sesungguhnya Islam itu bersih".
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.