Mintalah kebaikan kepada orang yang cantik wajahnya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: اطلبوا الخير عند حسان الوجوه.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Mohonlah kebaikan kepada orang yang cantik wajahnya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 67-69, hadis nombor 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخطيب عن ابن عباس مرفوعا.
ورواه أيضا من حديثه بلفظ: اطلبوا الخير عند صباح الوجوه.
وفي إسناده: أحمد بن أبي سلمة المدائني يحدث عن الثقات بالأباطيل.
ورواه بإسناد آخر عنه: فيه مصعب بن سلام التميمي ضعفه يحيى وابن المديني وأبو داود.
ورواه العقيلي من حديثه بإسناد فيه عصمة بن محمد الأنصاري كذاب وضاع.
وقد روى هذا الحديث الترمذي والطبراني من حديثه .
ورواه عبد بن حميد من حديث ابن عمر وكذا رواه ابن حبان من حديثه بإسناد فيه الكديمي: وضاع وكذا رواه الطبراني من حديثه ورواه الطبراني أيضا من حديث جابر بإسناد فيه محمد بن زكريا وضاع.
ورواه الخطيب من حديث أنس بإسناد فيه محمد بن محمد الطرازي وضاع.
ورواه العقيلي من حديث أبي هريرة وفي إسناده: عبد الرحمن بن إبراهيم ليس بشيء ومحمد بن أزهر البجلي يحدث عن الكذابين.
وقد رواه الدارقطني من حديثه بإسناد فيه عبد الله بن إبراهيم الغفاري وضاع .
ورواه العقيلي عن عائشة بإسناد فيه متروك ورواه عنها ابن عدي بإسناد فيه وضاع ورواه أيضا عنها البخاري في التاريخ بإسناد فيه عبد الرحمن بن أبي بكر المليكي متروك.
قال في اللآلىء: روى له الترمذي وابن ماجه وذكر له متابعين .

Al-Khatib meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu' (yang disandarkan kepada Nabi SAW). Beliau turut meriwayatkan daripada hadith Ibn Abbas dengan lafaz: Mohonlah kebaikan di sisi orang yang cantik wajahnya.

Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Ahmad bin Abi Salamah al-Madaini yang yang meriwayatkan daripada perawi-perawi thiqah dengan hadith-hadith batil.
al-Khatib turut meriwayatkan dengan sanad yang lain daripada Ibn Abbas, padanya terdapat perawi bernama Mus’ab bin Salam al-Tamimi, Yahya bin Main, Ibn al-Madini dan Abu Dawud menilainya sebagai lemah.

al-Uqaili meriwayatkan daripada hadith Ibn Abbas dengan sanad yang terdapat perawi bernama ‘Ismah bin Muhammad al-Ansari Beliau seorang pendusta dan pereka hadith
Al-Tirmizi dan al-Tabarani juga meriwayatkan hadith Ibn Abbas ini.

Abdullah bin Humaid meriwayatkan daripada hadith Ibn Umar, demikian juga Ibn Hibban daripada hadith Ibn Umar pada sanadnya terdapat perawi bernama al-Kudaimi yang merupakan pereka hadith. Al-Tabarani turut meriwayatkan hadith Ibn Umar.

Al-Tabarani juga meriwayatkan daripada hadith Jabir dengan sanad padanya perawi bernama Muhammad bin Zakariyya yang dihukumkan sebagai pendusta.

Al-Khatib meriwayatkan hadith ini daripada Anas dengan sanad padanya terdapat Muhammad bin Muhammad al-Tarazi yang merupakan seorang pereka hadith.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada hadith Abu Hurairah pada sanadnya terdapat perawi bernama Abdul Rahman bin Ibrahim yang dihukumkan sebagai laysa bi syai. Muhammad bin Azhar al-Bajali yang meriwayatkan hadith daripada perawi-perawi pendusta.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs