TEKS BAHASA ARAB
حديث: لا تصلح الصنيعة إلا عند ذي حسب ودين كما أن الرياضة لا تصلح إلا في نجيب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Tidak layak untuk mendapatkan makanan melainkan orang yang kuat dan ada agama, seperti mana tidak sempurna kesihatan melainkan orang yang berada di bidangnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 71, hadis nombor 22. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه العقيلي عن عائشة مرفوعا وفيه: يحيى بن هاشم كان يضع الحديث.
وذكر له في اللآلىء متابعين.
Al-Uqaili meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) pada sanadnya terdapat perawi bernama Yahya bin Hasyim yang merupakan seorang pereka hadith.
Al-Suyuthi menyatakan di dalam kitabnya al-La’ali hadith ini mempunyai dua perawi yang menyokong.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.