Merupakan suatu pengkhianatan yang besar apabila kamu mengkhabarkan sesuatu kepada saudara kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كبرت خيانة أن تحدث أخاك حديثا هو لك مصدق وأنت له كاذب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Merupakan suatu pengkhianatan yang besar apabila kamu mengkhabarkan sesuatu kepada saudara kamu, dalam keadaan dia mempercayai kamu namun kamu berbohong kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 181, hadis nombor 927. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سفيان بن أسيد الحضرمي – رضي الله عنه – أنه سمع النبي – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((كبرت خيانة أن تحدث أخاك حديثا هو لك مصدق وأنت له كاذب)). [خد، د، عد، هب، القضاعي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1251)]

(Lemah)
Daripada Sufyan bin Usayd al-Hadhrami RA, bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda: Merupakan suatu pengkhianatan yang besar apabila kamu mengkhabarkan sesuatu kepada saudara kamu, dalam keadaan dia mempercayai kamu namun kamu berbohong kepadanya.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Abī Dāwud dalam Sunan beliau, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Quda‘ie dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1251]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.