Rasulullah SAW memuliakan keluarga ibu susuan Baginda

TEKS BAHASA ARAB

كان جالسا يوما، فأقبل أبوه من الرضاعة، فوضع له بعض ثوبه، فقعد عليه، ثم أقبلت أمه، فوضع لها شق ثوبه من جانبه الآخر، فجلست عليه، ثم أقبل أخوه من الرضاعة، فقام له رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فأجلسه بين يديه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW sedang duduk pada suatu hari, lalu datanglah bapa susuannya, kemudian Baginda pun menghamparkan sebahagian daripada pakaian Baginda kepadanya. Lalu bapa susuannya itu pun duduk di atas hamparan itu. Kemudian datang ibunya (ibu susuan), Baginda pun membentangkan cebisan lain daripada bahagian pakaian Baginda kepada ibu susuannya, lalu dia pun duduk di atasnya. Kemudian datang pula saudara susuannya, maka Nabi SAW pun bangun dan mendudukkannya di hadapan Baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 181, hadis nombor 928. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن السائب بلغه أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((كان جالسا يوما، فأقبل أبو هـ من الرضاعة، فوضع له بعض ثوبه، فقعد عليه، ثم أقبلت أمه، فوضع لها شق ثوبه من جانبه الآخر، فجلست عليه، ثم أقبل أخوه من الرضاعة، فقام له رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، فأجلسه بين يديه)). [د، ((الضعيفة)) (1120)]

(Lemah)
Daripada ‘Umar bin al-Sa’ib, telah sampai kepadanya riwayat bahawa Rasulullah SAW sedang duduk pada suatu hari, lalu datanglah bapa susuannya, kemudian Baginda pun menghamparkan sebahagian daripada pakaian Baginda kepadanya. Lalu bapa susuannya itu pun duduk di atas hamparan itu. Kemudian datang ibunya (ibu susuan), Baginda pun membentangkan cebisan lain daripada bahagian pakaian Baginda kepada ibu susuannya, lalu dia pun duduk di atasnya. Kemudian datang pula saudara susuannya, maka Nabi SAW pun bangun dan mendudukkannya di hadapan Baginda.
[Riwayat Abu Dawud dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1120]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs