TEKS BAHASA ARAB
أنهم كانوا مع النبي ﷺ في مسير فانتهوا إلى مضيق، وحضرت الصلاة، فمطروا: السماء من فوقهم، والبلة من أسفل منهم، فأذن رسول الله ﷺ وهو على راحلته، (وفي رواية: فأمر المؤذن فأذن) وأقام أو أقام [بغير أذان] فتقدم على راحلته فصلى بهم؛ يومئ إيماء، يجعل السجود أخفض من الركوع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mereka pernah bersama Nabi ﷺ dalam sebuah perjalanan lalu mereka berhenti di sebuah pelembahan, kemudian waktu solat masuk. Namun hujan turun dari langit di atas dan tanah di bawah mereka menjadi basah. Rasulullah ﷺ pun melaungkan azan dalam keadaan baginda berada di atas kenderaannya (adapun pada riwayat lain: baginda menyuruh tukang azan, lalu dia melaungkan azan) dan iqamat, atau iqamat [tanpa azan]. Kemudian baginda maju ke hadapan kenderaannya, lalu solat bersama mereka dengan memberikan isyarat. Baginda menjadikan sujud lebih rendah daripada rukuk.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 339-340, hadis nombor 1781. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن يعلى بن مرة – رضي الله عنه -، قال: ((أنهم كانُوا مَعَ النَّبِيِّ ﷺ فِي مَسِيرٍ فَانْتَهَوْا إِلَى مَضِيقٍ، وَحَضَرَتْ الصَّلَاةُ، فَمُطِرُوا: السَّمَاءُ مِنْ فَوْقِهِمْ، وَالْبِلَّةُ مِنْ أَسْفَلَ مِنْهُمْ، فَأَذَّنَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ وَهُوَ عَلَى رَاحِلَتِهِ، (وفي روايةٍ: فأَمَرَ المؤذِّنَ فأَذَّنَ) وَأَقَامَ أَوْ أَقَامَ [بغيرِ أذانٍ] فَتَقَدَّمَ عَلَى رَاحِلَتِهِ فَصَلَّى بِهِمْ؛ يُومِئُ إِيمَاءً، يَجْعَلُ السُّجُودَ أَخْفَضَ مِنْ الرُّكُوعِ)). [ت، قط، هق، حم، ((الضعيفة)) (6434)].
(Lemah) Daripada Ya’la bin Murrah RA, beliau berkata: Mereka pernah bersama Nabi ﷺ dalam sebuah perjalanan lalu mereka berhenti di sebuah pelembahan, kemudian waktu solat masuk. Namun hujan turun dari langit di atas dan tanah di bawah mereka menjadi basah. Rasulullah ﷺ pun melaungkan azan dalam keadaan baginda berada di atas kenderaannya (adapun pada riwayat lain: baginda menyuruh tukang azan, lalu dia melaungkan azan) dan iqamat, atau iqamat [tanpa azan]. Kemudian baginda maju ke hadapan kenderaannya, lalu solat bersama mereka dengan memberikan isyarat. Baginda menjadikan sujud lebih rendah daripada rukuk. [Riwayat al-Tirmidhi, al-Daraqutni, al-Bayhaqi dalam Sunan mereka dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6434].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.