Menyapu kedua-dua mata dengan perut kedua-dua ruas jari telunjuk ketika muazin mengucapkan: "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah"

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مسح العينين بباطن أنملتي السبابتين عند قول المؤذن: أشهد أن محمدا رسول الله… إلخ، وأن من فعل ذلك؛ حلت له شفاعته ﷺ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Menyapu kedua-dua mata dengan perut kedua-dua ruas jari telunjuk ketika muazin mengucapkan: "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah"… sehingga akhirnya. Juga bahawa sesiapa yang melakukan yang demikian tadi, nescaya halal baginya syafaat baginda ﷺ.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 346, hadis nombor 1820. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا يصح) عن أبي بكر – رضي الله عنه – مرفوعا: «مسح العينين بباطن أنملتي السبابتين عند قول المؤذن: أشهد أن محمدا رسول الله… إلخ، وأن من فعل ذلك؛ حلت له شفاعته ﷺ». [فر، «الضعيفة» (73)].

(Tidak Sahih) Daripada Abū Bakr RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Menyapu kedua-dua mata dengan perut kedua-dua ruas jari telunjuk ketika muazin mengucapkan: "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah"… sehingga akhirnya. Juga bahawa sesiapa yang melakukan yang demikian tadi, nescaya halal baginya syafaat baginda ﷺ. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 73].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.