Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أَخَذَ لُقْمَةً أَوْ كِسْرَةً مِنْ مَجْرَى الْغَائِطِ وَالْبَوْلِ، فَأَخَذَهَا فَأَمَاطَ عَنْهَا الْأَذَى، وَغَسَلَهَا غَسْلاً نِعِمَّا، ثُمَّ أَكْلَهَا؛ لَمْ تَسْتَقِرَّ فِي بَطْنِهِ حَتَّى يُغْفَرَ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mengutip potongan atau cebisan makanan daripada laluan tahi dan air kencing, dia mengambilnya dan menghilangkan kekotoran daripadanya serta membasuhnya dengan basuhan yang baik, kemudian dia memakannya, nescaya ia tidak akan menetap di dalam perutnya sehinggalah dia diampukan.
Sahabat Perawi
- al-Hasan bin ‘Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 428-429, hadis no. 2307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada al-Hasan bin ‘Ali RA: Bahawa beliau masuk ke tempat wuduk lalu beliau mendapati potongan (makanan) – atau beliau berkata: cebisan - di laluan tahi dan air kencing. Beliau lantas mengambilnya, menghilangkan kekotoran daripadanya lalu membasuhnya dengan basuhan yang baik kemudian beliau memberikannya kepada hamba lelakinya dan berkata: "Ingatkan aku tentang ini apabila aku berwuduk". Setelah al-Hasan selesai berwuduk beliau berkata kepada hamba lelakinya: "Ambilkan aku potongan – atau dia berkata: cebisan – tadi". Hamba itu pun menjawab: "Wahai tuanku! Aku telah memakannya". Al-Hasan lantas berkata: "Pergilah kamu, sesunggguhnya kamu telah merdeka demi wajah Allah". Beliau berkata: Hamba lelaki itu bertanya kepadanya: "Wahai tuanku! Mengapakah kamu membebaskanku?" Al-Hasan berkata: "Kerana aku mendengar Fatimah binti Rasulullah ﷺ menyebutkan daripada bapanya Rasulullah ﷺ: "Barang siapa yang mengutip potongan atau cebisan makanan daripada laluan tahi dan air kencing, dia mengambilnya dan menghilangkan kekotoran daripadanya serta membasuhnya dengan basuhan yang baik, kemudian dia memakannya, nescaya ia tidak akan menetap di dalam perutnya sehinggalah dia diampukan." Justeru tidak mungkin aku menggunakan khidmat seorang lelaki daripada kalangan ahli syurga." [Riwayat Musnad Abī Ya‘lā. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6427].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman