Sekali haji sebelum peperangan lebih baik daripada (menyertai) 50 peperangan

TEKS BAHASA ARAB

حجة قبل غزوة أفضل من خمسين غزوة، وغزوة بعد حجة أفضل من خمسين حجة، ولموقف ساعة في سبيل الله أفضل من سبعين حجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekali haji sebelum peperangan lebih baik daripada (menyertai) 50 peperangan; (menyertai) sekali peperangan selepas haji lebih baik daripada mengerjakan 50 haji, dan orang yang berjaga seketika (atau berkawal) dalam peperangan di jalan Allah lebih baik daripada mengerjakan 70 haji.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 740, hadis nombor 3788. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((حجة قبل غزوة أفضل من خمسين غزوة، وغزوة بعد حجة أفضل من خمسين حجة، ولموقف ساعة في سبيل الله أفضل من سبعين حجة)). [حل، ((الضعيفة)) (3481)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekali haji sebelum peperangan lebih baik daripada (menyertai) 50 peperangan; (menyertai) sekali peperangan selepas haji lebih baik daripada mengerjakan 50 haji, dan orang yang berjaga seketika (atau berkawal) dalam peperangan di jalan Allah lebih baik daripada mengerjakan 70 haji.
[Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3481]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs