Haji yang berturutan bersama umrah akan mengelakkan kemiskinan

TEKS BAHASA ARAB

حجج تترى، وعمر نسق؛ تنفيان الفقر والذنوب كما ينفي الكير خبث الحديد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Haji yang berturutan bersama umrah, akan mengelakkan kemiskinan dan dosa-dosa sebagaimana alat tiup tukang besi menghilangkan kotoran besi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 740, hadis nombor 3787. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((حجج تترى، وعمر نسق؛ تنفيان الفقر والذنوب كما ينفي الكير خبث الحديد)). [فر، ((الضعيفة)) (3488)]

(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Haji yang berturutan bersama umrah, akan mengelakkan kemiskinan dan dosa-dosa sebagaimana alat tiup tukang besi menghilangkan kotoran besi.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3488]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs