TEKS BAHASA ARAB
لرد دانق حرام يعدل عند اللهِ سبعين ألف حجة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Menolak daniq (satu per enam dirham) yang haram menyamai pahala 70,000 haji di sisi Allah.
STATUS
Terdapat perawi pendusta pada sanadnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 133. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فِي اللآلئ «لَرَدُّ دَانِقٍ حَرَامٍ يَعْدِلُ عِنْدَ الله سبعين ألف حجَّة» وَرُوِيَ «سبعين حجَّة» فِيهِ ابْن السلط كَذَّاب.
Dalam kitab Al-La’ali menyebut :
“Menolak daniq (satu per enam dirham) yang haram menyamai pahala 70,000 haji di sisi Allah.
Driwayatkan:
“… Pahala sebanyak 70 haji…”
Dalam sanadnya terdapat Ibn Al-Salt. Beliau adalah seorang pendusta.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.