TEKS BAHASA ARAB
لرد دانق من حرام أفضل عند الله من مائة ألف تنفق في سبيل الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Menolak daniq (satu per enam dirham) yang haram lebih utama di sisi Allah daripada 100,000 yang disumbangkan di jalan Allah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 133. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رُوِيَ مَوْقُوفا على ابْن عمر «لَرَدُّ دَانِقٍ مِنْ حَرَامٍ أَفْضَلُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ مِائَةِ أَلْفٍ تنْفق فِي سَبِيل الله» قلت ابْن الصَّلْت متابع. الصغاني هُوَ مَوْضُوع.
Diriwayatkan secara mauquf kepada Ibn Umar:
“Menolak daniq (satu per enam dirham) yang haram lebih utama di sisi Allah daripada 100,000 yang disumbangkan di jalan Allah.”
Saya katakan: Ibn Al-Salt berperanan sebagai mutabi’. Al-Saghani berkata: Hadith tersebut adalah hadith palsu.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.