TEKS BAHASA ARAB
من استمع إلى قينة؛ صب في أذنيه الآنك يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mendengar nyanyian penyanyi wanita, dituangkan cairan (panas) ke dalam telinganya pada hari kiamat.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1345, hadis nombor 6874. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعاً: من استمع إلى قينة؛ صب في أذنيه الآنك يوم القيامة.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4549)].
(Batil)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mendengar nyanyian penyanyi wanita, dituangkan cairan (panas) ke dalam telinganya pada hari kiamat.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4549]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.