Memuliakan mayat adalah dengan menguburkannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: إكرام الميت دفنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Memuliakan mayat adalah dengan menguburkannya.

STATUS

Tidak ditemui secara marfu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 44, hadis nombor 60. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لم أقف عليه مرفوعا.

al-Sakhawi berkata: Aku tidak mendapati hadith ini marfu’ (disandarkan kepada Nabi).

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.