TEKS BAHASA ARAB
حديث: أكذب الناس الصباغون والصواغون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Manusia paling penipu adalah para tukang celup kain dan tukang tempa logam.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 53, hadis nombor 58. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن قيم الجوزية: الحس يرد هذا الحديث، فإن الكذب في غيرهم أضعافه فيهم كالرافضة.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata: Realiti menafikan hadith ini, sesungguhnya penipuan yang dilakukan oleh selain mereka lebih banyak lagi contohnya Rafidhah.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.