Mempelajari satu bab ilmu lebih baik berbanding solat 1,000 rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من تعلم بابا من العلم، عمل به أو لم يعمل به، كان أفضل من صلاة ألف ركعة. فإن هو عمل به، أو علمه؛ كان له ثوابه وثواب من يعمل به إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mempelajari satu bab ilmu, sama ada dia beramal dengannya atau tidak beramal dengannya; Ia lebih baik berbanding solat 1,000 rakaat. Jika dia mengamalkannya atau mengajarkannya, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya hingga hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1298, hadis nombor 6641. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من تعلم بابا من العلم، عمل به أو لم يعمل به، كان أفضل من صلاة ألف ركعة. فإن هو عمل به، أو علمه، كان له ثوابه وثواب من يعمل به إلى يوم القيامة.
[خط، ((الضعيفة)) (6803)].

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Sesiapa yang mempelajari satu bab ilmu, sama ada dia beramal dengannya atau tidak beramal dengannya; Ia lebih baik berbanding solat 1,000 rakaat. Jika dia mengamalkannya atau mengajarkannya, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya hingga hari kiamat.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6803].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.