TEKS BAHASA ARAB
ما من رجل تعلم كلمتين، أو ثلاثا، أو أربعا، أو خمسا مما فرض الله عزوجل، فيتعلمهن، ويعلمهن؛ إلا دخل الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidaklah seseorang itu mempelajari dua kalimah, atau tiga, empat atau lima kalimah daripada perkara-perkara yang difardukan oleh Allah ‘Azza wa jalla, lalu dia mempelajarinya dan mengajarkannya melainkan pasti masuk syurga.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1298, hadis nombor 6640. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ما من رجل تعلم كلمتين، أو ثلاثا، أو أربعا، أو خمسا مما فرض الله عزوجل، فيتعلمهن، ويعلمهن؛ إلا دخل الجنة.
[حل، ((الضعيفة)) (6804)].
(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Tidaklah seseorang itu mempelajari dua kalimah, atau tiga, empat atau lima kalimah daripada perkara-perkara yang difardukan oleh Allah ‘Azza wa jalla, lalu dia mempelajarinya dan mengajarkannya melainkan pasti masuk syurga.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya`. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6804].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.