TEKS BAHASA ARAB
خير ما يموت عليه العبد أن يكون قافلا من حج أو مفطرا من رمضان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebaik-baik kematian ialah mati ketika pulang daripada mengerjakan haji atau selesai berpuasa daripada bulan Ramadan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1139, hadis nombor 5753. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: خير ما يموت عليه العبد أن يكون قافلا من حج أو مفطرا من رمضان. [فر، الضعيفة (3583)]
(Lemah) Daripada Jabir RA, secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sebaik-baik kematian ialah mati ketika pulang daripada mengerjakan haji atau selesai berpuasa daripada bulan Ramadan. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no.3583].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.