TEKS BAHASA ARAB
خير خصال الصائم السواك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebaik-baik orang yang berpuasa adalah yang sentiasa bersiwak.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1139, hadis nombor 5752. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: خير خصال الصائم السواك. [هـ، المخلص في المعاشر من حديثه، قط، هق، ابن شاذان في الخامس من المنتقى من حديثه، الكتاني في حديثه، الضعيفة (3574)]
(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik orang yang berpuasa adalah yang sentiasa bersiwak. [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Mukhallis dalam al-‘Asyhir min hadisihi, al-Daraquthni dalam Sunan al-Daraquthni, al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra, ibn Syadzan dalam al-Khamis min Muntaqa Ahadisihi dan al-Kattani dalam al-Hadis. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 3574]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.