Masjid tidak boleh dimasuki bagi orang yang berjunub dan wanita yang datang haid

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يصلح يعني المسجد لجنب ولا لحائض إلا للنبي ولأزواجه وعلي وفاطمة بنت محمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Masjid tidak boleh dimasuki bagi orang yang berjunub dan wanita yang datang haid melainkan Nabi, isteri-isteri Baginda, ‘Ali dan Fatimah binti Muhammad.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 14, hadis nombor 122. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه ابن أبي حاتم في العلل (1/ 99/ 269) قال: سمعت أبا زرعة، وذكر حديثا حدثنا به، عن أبي نعيم، عن ابن أبي غنية، عن أبي الخطاب، عن محدوج الذهلي، عن جسرة، قالت: أخبرتني أم سلمة، قالت: خرج النبي صلى الله عليه وآله وسلم إلى صرحة هذا المسجد فقال : لا يصلح…الحديث. وأخرجه الطبراني في الكبير (ج 23/ رقم 883) حدثنا علي بن عبد العزيز، ثنا أبو نعيم بسنده سواء، وزاد في آخره: ألا بينت لكم أن تظلوا. وعند البيهقي (7/ 65) : ألا قد بينت لكم الأسماء أن لا تظلوا.
قلت: وهو منكر بهذا السياق. وقد أخرجه ابن ماجة (645) قال: حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة، ومحمد بن يحيى، قالا: ثنا أبو نعيم بسنده سواء، لكنه لم يذكر قوله إلا للنبي، ولأزواجه الخ. قلت: وسنده ضعيف جداً، وفيه علل ثلاثة، بل أربعة:
الأولى والثانية: جهالة أبي الخطاب ومحدوج.
الثالثة: ضعف جسرة بنت دجاجة كما يأتي.
الرابعة: الاختلاف في سنده على جسرة.
فقد رواه أفلت بن خليفة، قال: حدثتني جسرة بنت دجاجة، قالت: سمعت عائشة رضي الله عنها، تقول: جاء رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم، ووجوه بيوت أصحابه شارعة في المسجد، فقال: وجهوا هذه البيوت عن المسجد. ثم دخل النبي صلى الله عليه وآله وسلم، ولم يصنع شيئاً، رجاء أن تنْزل فيهم رخصة، فخرج إليهم بعد، فقال: وجهوا هذه البيوت عن المسجد، فأني لا أحل المسجد لحائظ ولا جنب.
أخرجه أبو داود (232) والبخاري في الكبير (1/ 2/67) وابن خزيمة (1327) والدولابي في (الكنى) (1/ 150- 151) والبيهقي (2/ 442- 443) من طرق عن أفلت بن خليفة به وزاده الولابي والبيهقي: إلا لمحمد وآل محمد وهو عند البخاري.
قلت: ووجه الاختلاف أنه نقل الحديث من مسند أم سلمة إلى مسند عائشة رضي الله عنهما. ورجح أبو زرعة حديث عائشة. قال ابن حزم في المحلى (2/ 186) : أما أفلت، فغير مشهور ولا معروف بالثقة. وقال الخطابي في (المعالم) (1/ 78) : وكان أحمد بن حنبل وجماعة من أهل الظاهر يجيزون للجنب دخول المسجد، إلا أن أحمد كان يستحب له أن يتوضأ، إذا أراد دخول المسجد، وضعفوا هذا الحديث، وقالوا: أفلت، راوية: مجهول لا يصح الاحتجاج بحديثه.
وقال البغوي في شرح السنة (2/ 46) : وجوز أحمد والمزي المكث فيه، وضعف أحمد الحديث؛ لأن راوية هو أفلت بن خليفة: مجهول. أ. هـ‍. قال الشوكاني في النيل (1/270) : وليس ذلك بسديد فإن أفلت وثقه ابن حبان. وقال أبو حاتم شيخ. وقال أحمد بن حنبل: لا بأس به. وروى عن سفيان الثوري وعبد الواحد بن زياد. وقال في الكاشف : صدوق. وقال في البدر المنير : بل هو مشهور ثقة . أ. هـ‍
قال الحافظ في التلخيص (1/140) : وأما قول ابن الرفعه في أواخر شروط الصلاة بأنه متروك فمردود لأنه لم يقله أحد من أئمة الحديث . وأما جسرة بنت دجاجة فقد قال البخاري في التاريخ : عند جسرة عجائب
فقال ابن القطان كما في نصب الراية (1/194) : وقول البخاري لا يكفي في إسقاط ما روت. قال الحافظ في التهذيب بعد ما ذكر من الكلام ابن القطان: كأنه يعرض بابن حزم لأنه زعم أن حديثها باطل.
قلت: لا يظهر لي ما فهمه الحافظ رحمة الله من مقالة ابن القطان، لأن ابن حزم عند نقده لطرق الحديث المحلى لم يذكر شيئاً عن جسرة، وإنما أسقط حديثها بسبب آخر في السند إليها. فظاهر كلام ابن القطان يتوجه إلى الرد على مقالة البخاري. والله أعلم.
قال الشوكاني في النيل : قال ابن القطان: وقول البخاري في جسره: إن عندها عجائب لا يكفي أخبارها. وقال العجلي: تابعية ثقة. وذكرها ابن حبان في الثقات. وقد حسن ابن القطان حديث جسرة هذا عن عائشة، وصححه ابن خزيمة. قال ابن سيد الناس: ولعمري إن التحسين لأقل مراتبه لثقة رواته ووجود الشواهد من الخارج . أهـ‍.
وقال أيضا في السيل الجرار (1/ 109) : هو حديث صحيح
قلت: وهو تجاوز بلا شك، والجواب من وجوده.
الأول: أن رد ابن القطان لمقالة البخاري ضعيف وذلك أننا إن سلمنا أن جسرة لها أخبار فان الحجة لاتقوم بحديثها إلا بالشواهد وهذا ما فهمه الحافظ ابن حجر، حيث قال في التقريب : مقبولة. يعني عند المتابعة. أما حديث الباب، فأين الشواهد المجدية التي يدعيها الشوكاني ومن سبقه كابن سيد الناس. فكل الشواهد التي وقفت عليها ولم يأت الشوكاني بزيادة عليها ضعيفة لا تصلح للاعتبار. ولئن سلمنا جدلا أنها تصلح في تقوية حديث جسرة. فهي إنما تتعلق بالجنب فقط، ولم يأت شيء ثابت في حق الحائض.
الثاني: أن العجلي متساهل في التوثيق.
الثالث: أن ذكر ابن حبان لها في الثقات لا ينفعها أيضا؛ لتساهله المشهور. بيد أن لي نظرا في التفريق بَينَ قولنا: ذكرها ابن حبان في الثقات وَبَينَ أن ينص ابن حبان على ثقتها ذَلكَ أن ابن حبان إن صرح بأن راويا ما ثقة فَهَذَا يدلك على أنه وقف على مروياته، وسبرها، فظهر لَهُ أنه مستقيم الحديث، بخلاف ما لو ذكر الراوي في الثقات ولم ينعته بشيء، فَهَذَا يدل لاسيما في المقلين على أنه لا يعرف عن روايته كبير شيء وإنما ذكره بناء على قاعدته التي ذكرها في الثقات فَقَالَ: العدل من لم يعرف فيه الجرح، إذ التجريح ضد التعديل، فمن لم يجرح فهو عدل حتى يتبين جرحه، إذ لم يكلف الناس ما غاب عنهم أهـ‍. ولذلك ترى ابن حبان في مواضع يذكر الراوي ويقول: لا أدري من هو ولا من أبوه. فحاصل البحث أن مجرد ذكر ابن حبان للراوي في الثقات، لا يساوي أنه قال فيه: ثقة نصاً. وهذا التفريق لم أر أحداً نبه عليه، فأن يكن صواباً فهو من الله عز وجل وإن كان غير ذلك فمنا وأستغفر الله منه.
الرابع: أن البخار قال عن الحديث: لا يصح . وقال عبد الحق الأشبيلي: لا يثبت .وقد تقدم أن الإمام أحمد ضعف الحديث ويفهم من قول الخطابي أن آخرين ضعفوا. وقد أعترف بذلك النووي رحمه الله في المجموع.

Munkar. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal (1/99/269), katanya: "Aku pernah mendengar Abu Zur’ah, beliau menyebutkan satu hadith yang beliau ceritakan kepada kami daripada Abu Nu’aim daripada Ibn Abi Ghaniyyah daripada Abu al-Khitab daripada Mahduj al-Zuhli daripada Jasrah, katanya Ummu Salamah telah khabarkan kepadaku, katanya: Nabi SAW keluar ke halaman masjid ini, lalu Baginda SAW bersabda: "Tidak boleh…". Hadith tersebut juga telah diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 23/hadith : 883), katanya ‘Ali bin ‘Abd al-‘Aziz telah menceritakan kepada kami, katanya Abu Nu’aim telah menceritakan kepada kami dengan sanadnya yang sama, beliau menambah pada akhir hadith: "…ingatlah bahawa aku telah menerangkan kepada kamu jika kamu masih mahu meneruskan". Dalam riwayat al-Baihaqi (7/65): "…ingatlah aku telah menerangkan kepada kamu nama-nama tersebut supaya kamu tidak meneruskan".
Saya berkata: Ianya munkar dengan lafaz ini. Ibn Majah (645) berkata: Abu Bakr bin Abi Shaybah dan Muhammad bin Yahya telah menceritakan kepada kami, kata mereka berdua: Abu Nu’aim telah menceritakan kepada kami dengan sanadnya yang sama, namun beliau tidak menyebutkan sabda Baginda SAW: "kecuali pada Nabi, isteri-isteri Baginda SAW…..".
Saya berkata: Sanadnya terlalu dha’if. Dalam sanadnya terdapat tiga kecacatan, bahkan empat:
Pertama dan kedua adalah majhulnya Abu al-Khitab dan Mahduj.
Ketiga: Dha’ifnya Jasrah binti Dajajah sebagaimana akan disebutkan.
Keempat: Berlaku perbezaan pada sanadnya terhadap Jasrah. Aflat bin Khalifah telah meriwayatkannya, katanya Jasrah binti Dajajah telah menceritakan kepadaku, katanya aku telah mendengar ‘Aishah RA berkata: "Rasulullah SAW telah datang dan pintu-pintu rumah para sahabat rapat ke Masjid, Baginda SAW bersabda: "Palingkanlah pintu-pintu rumah ini daripada masjid". Kemudian Baginda SAW masuk lagi, namun para sahabat tidak melakukan apa-apa kerana berharap akan diturunkan keringanan kepada mereka. Lalu Baginda SAW pun keluar menemui mereka seraya bersabda: "Palingkanlah pintu rumah-rumah ini daripada masjid, kerana aku tidak halalkan masjid bagi orang berhaid dan orang berjunub". Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Abu Daud (232), al-Bukhari dalam al-Kabir (1/2/67), Ibn Khuzaimah (1327), al-Dawlabi dalam al-Kuna (1/150-151), dan al-Baihaqi (2/442-443) melalui sanad daripada Aflat bin Khalifah dengan sanad beliau. Al-Dawlabi dan al-Baihaqi menambah dalam riwayat mereka: "…kecuali kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad", ianya juga terdapat dalam riwayat al-Bukhari.
Saya berkata: Sudut perbezaan tersebut adalah hadith tersebut dipindahkan daripada Musnad Ummu Salamah kepada Musnad ‘Aishah r.a. Abu Zur’ah menilai rajih hadith ‘Aishah. Ibn Hazam dalam al-Muhalla (2/186) berkata: "Adapun Aflat beliau tidak masyhur dan tidak dikenali sebagai thiqah". Al-Khattabi berkata dalam al-Ma’alim (1/78): "Ahmad bin Hanbal dan segolongan ahli zahir mengharuskan bagi orang berjunub masuk ke masjid, tapi Ahmad menggalakkan orang berjunub agar berwudhu apabila ingin masuk ke masjid. Mereka menilai dha’if hadith ini. Kata mereka: ‘Aflat perawi yang majhul, tidak sahih berhujjah dengan hadith beliau’".
Al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (2/46) berkata: "Ahmad dan al-Mizzi mengharuskan menetap lama dalam masjid. Ahmad menilai dha’if hadith tersebut kerana perawinya iaitu Aflat bin Khalifah seorang yang majhul". Al-Shawkani berkata dalam al-Nail (1/270): "Ianya tidak benar, kerana Aflat telah dinilai thiqah oleh Ibn Hibban. Abu Hatim pula berkata: ‘Syeikh’. Ahmad bin Hanbal berkata: ‘Tidak ada masalah dengan beliau’, beliau telah meriwayatkan daripada Sufyan al-Thawri dan ‘Abd al-Wahid bin Ziyad. Beliau berkata dalam al-Kashif: ‘Saduq’, dan dalam al-Badr al-Munir: ‘Bahkan beliau seorang yang masyhur lagi thiqah’".
Al-Hafiz berkata dalam al-Talkhis (1/140): "Adapun kata Ibn Rafi’ah pada bahagian akhir syarat-syarat solat bahawa beliau seorang yang Matruk lagi tertolak kerana ianya tidak pernah dikatakan oleh mana-mana Imam Hadith". Jasrah binti Dajajah pula, al-Bukhari berkata dalam al-Tarikh: "Jasrah memiliki hadith-hadith yang pelik". Ibn al-Qattan berkata – sebagaimana dalam Nasb al-Rayah (1/194): "Dan kata-kata al-Bukhari tidak memadai untuk menggugurkan apa yang Jasrah riwayatkan". Al-Hafiz berkata dalam al-Tahzib setelah menyebutkan kalam Ibn al-Qattan tersebut: "Sepertinya beliau menolak Ibn Hazam kerana Ibn Hazam menganggap hadithnya adalah batil".
Saya berkata: Saya tidak jelas apa yang difahami oleh al-Hafiz RH melalui ucapan Ibn al-Qattan, kerana Ibn Hazam ketika melakukan kritikan beliau terhadap sanad-sanad hadith tersebut dalam al-Muhalla, beliau tidak menyebutkan pun mana-mana hadith daripada Jasrah, beliau menggugurkan sanad hadith Jasrah kerana sebab yang lain dalam sanad hingga pada Jasrah. Maka zahir kalam Ibn al-Qattan ditujukan sebagai membalas kata-kata al-Bukhari. Wallahua’lam.
Al-Shawkani dalam al-Nail berkata: "Ibn al-Qattan berkata: ‘Dan kata al-Bukhari terhadap Jasrah: ‘Sesungguhnya beliau memiliki hadith-hadith yang pelik’, tidak memadai khabar-khabarnya’. Al-‘Ijli berkata: ‘Beliau seorang tabi’i, lagi thiqah’. Ibn Hibban telah menyebutkan beliau dalam al-Thiqat. Ibn al-Qattan telah menilai hasan hadith Jasrah ini daripada ‘Aishah. Ibn Khuzaimah pula telah menilainya sebagai sahih. Ibn Sayyid al-Nas berkata: ‘Demi usiaku, penilaian hasan adalah peringkat paling rendah kerana perawi-prawinya thiqah dan adanya shawahid (riwayat-riwayat sokongan) daripada luar…". Beliau juga berkata dalam al-Sail al-Jarrar (1/109): "Ianya hadith sahih".
Saya berkata: Ianya melebihi batasan tanpa diragukan lagi. Jawapannya melalui beberapa sudut:
Pertama: Penolakan Ibn al-Qattan terhadap kata-kata al-Bukhari adalah dha’if kerana jika kita menerima bahawa Jasrah memiliki hadith-hadith, maka tidak boleh dijadikkan hujjah dengan hadithnya melainkan dengan riwayat-riwayat sokongan. Ini adalah yang difahami oleh al-Hafiz Ibn Hajar ketika beliau berkata dalam al-Taqrib: "Maqbul", maksudnya ketika ada riwayat sokongan. Adapun hadith dalam bab tersebut, dimanakah sokongan yang bagus yang didakwa oleh al-Shawkani dan orang-orang sebelum beliau seperti Ibn Sayyid al-Nas? Kesemua riwayat-riwayat sokongan yang telah saya temui – dan al-Shawkani tidak membawakan dengan riwayat tambahan – adalah dha’if dan tidak boleh diambilkira. Kalaulah kita menerima ruang perdebatan bahawa ianya boleh menguatkan hadith Jasrah, maka ianya berkaitan dengan junub sahaja, sedangkan tidak ada yang thabit satupun berkenaan wanita berhaid.
Kedua: Al-‘Ijli bermudah-mudah dalam menilai thiqah. Ibn Hibban juga menyebutkannya dalam al-Thiqat juga tidak memberikan faedah kerana beliau dikenali bermudah-mudah. Bagaimana pun saya mempunyai pandangan lain dalam mebezakan antara kita katakan: “Beliau telah disebutkan oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat" dan yang disebutkan sendiri secara jelas oleh IbnHibban bahawa ianya thiqah. Ini kerana, IbnHibban jika beliau sebutkan secara jelas bahawa perawi-perawi tertentu sebagai thiqah, maka ini menunjukkan bahawa beliau menemui riwayat-riwayat dan sirahnya. Lalu jelas kepada Ibn Hibban bahawa perawi tersebut lurus hadithnya. Berbeza jika beliau menyebutkan perawi tersebut dalam al-Thiqat namum beliau tidak memberikan apa-apa sifat pun, ini menunjukkan bahawa ianya termasuk dalam kalangan yang sedikit meriwayatkan hadith kerana beliau tidak banyak mengetahui tentang riwayat-riwayatnya. Beliau menyebutkan perawi tersebut hanyalah berdasarkan kaedah beliau yang telah beliau sebutkan dalam al-Thiqat. Kata beliau: "Perawi ‘adil adalah perawi yang tidak diketahui ada kritikan pada beliau. Ini kerana kritikan adalah lawan kepada pujian, maka sesiapa yang tidak pernah dikritik maka dia adalah ‘adil hinggalah jelas kritikannya. Ini kerana, manusia tidak dipertanggungjawabkan terhadap perkara yang terselindung kepada mereka".
Oleh kerana itu, kami melihat Ibn Hibban pada beberapa tempat beliau menyebutkan seseorang perawi seraya berkata: "Saya tidak tahu siapakah beliau dan siapakah ayahnya". Kesimpulan perbahasan adalah semata-semata Ibn Hibban menyebutkan seseorang perawi dalam al-Thiqat tidak sama dengan perawi yang beliau kata: "Thiqah" secara jelas. Perbezaan ini belum pernah saya lihat ada sesiapapun yang menyebutkannya, Jika benar, maka ianya daripada Allah, namun jika sebaliknya, maka berpunca daripada diri kami. Saya memohon kepada Allah daripadanya.
Ketiga: al-Bukhari berkata berkenaan hadith tersebut: "Tidak sahih". ‘Abd al-Haq al-Ishbili juga berkata: "Tidak thabit". Telah disebutkan sebelum ini bahawa al-Imam Ahmad telah menilai dha’if hadith tersebut. Difahami juga melalui kata-kata al-Khattabi bahawa yang lain-lain juga menilainya dha’if. Al-Nawawi RH juga mengakuinya dalam al-Majmu’.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.