Tegahan memakai khuf berperhiasan untuk tujuan berhias dan membangga diri

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا تخففت أمتي بالخفاف ذات المناقب؛ الرجال والنساء، وخصفوا نعالهم؛ تخلى الله عنهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila umatku berhias dengan memakai khuf (yang ditambah perhiasan/yang dipercantikkan) (dengan tujuan berhias dan berbangga diri), sama ada lelaki dan wanita, dan mereka menjahit (menampal/menyulam) selipar mereka (dengan bahan yang diharamkan seperti benang sutera -bagi lelaki-) maka Allah akan mengabaikan (tidak memperdulikan) mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1615, hadis nombor 8148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إذا تخففت أمتي بالخفاف ذات المناقب؛ الرجال والنساء، وخصفوا نعالهم؛ تخلى الله عنهم)). [طب، ((الضعيفة)) (2421)].

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas R.anhuma secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Apabila umatku berhias dengan memakai khuf (yang ditambah perhiasan/yang dipercantikkan) (dengan tujuan berhias dan berbangga diri), sama ada lelaki dan wanita, dan mereka menjahit (menampal/menyulam) selipar mereka (dengan bahan yang diharamkan seperti benang sutera -bagi lelaki-) maka Allah akan mengabaikan (tidak memperdulikan) mereka.))
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2421].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.