Manusia adalah logam, dan pengaruh keturunan itu menghentak (logam berkenaan)

TEKS BAHASA ARAB

الناس معادن، والعرق دساس، وأدب السوء كعرق السوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia adalah logam, dan pengaruh keturunan itu menghentak (logam berkenaan), manakala adab yang buruk bagaikan keturunan yang buruk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 928, hadis nombor 4773. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((الناس معادن، والعرق دساس، وأدب السوء كعرق السوء)).
[((الضعيفة)) (2047)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Manusia adalah logam, dan pengaruh keturunan itu menghentak (logam berkenaan), manakala adab yang buruk bagaikan keturunan yang buruk.
[Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2047].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs