TEKS BAHASA ARAB
من سره أن يتزوج امرأة من أهل الجنة، فليتزوج أم أيمن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barangsiapa yang merahsiakan dirinya untuk menikahi wanita daripada ahli Syurga, hendaklah dia menikahi Ummu Aiman.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 928, hadis nombor 4772. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن صفيان بن عقبة، قال: كانت أم أيمن تلطف النبي صلى الله عليه وسلم، وتقوم عليه، فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((من سره أن يتزوج امرأة من أهل الجنة، فليتزوج أم أيمن)) فتزوجها زيد بن حارثة، فولدت له أسامة بن زيد.
[ابن سعد، ((الضعيفة)) (2260)].
(Lemah)
Diriwayatkan daripada Sufyan bin Uqbah, berkata: Ummu Aiman adalah wanita yang berlemah lembut terhadap Nabi SAW serta selalu mengurus baginda. Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang merahsiakan dirinya untuk menikahi wanita daripada ahli Syurga, hendaklah dia menikahi Ummu Aiman”. Oleh itu, Zaid bin Harith menikahinya, maka lahirlah Usamah bin Zaid.
[Riwayat Ibn Saad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2260].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.