Mandilah kamu pada hari Jumaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اغتسلوا يوم الجمعة، فإنه من اغتسل يوم الجمعة فله كفارة ما بين الجمعة إلى الجمعة، وزيادة ثلاثة أيام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mandilah kamu pada hari Jumaat, kerana sesiapa yang mandi pada hari Jumaat maka baginya kaffarah (pengampunan dosa) di antara satu ke Jumaat seterusnya, serta penambahan (pengampunan dosa) sebanyak tiga hari.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 264, hadis nombor 1376. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((اغتسلوا يوم الجمعة، فإنه من اغتسل يوم الجمعة فله كفارة ما بين الجمعة إلى الجمعة، وزيادة ثلاثة أيام)). [طس، طب، ابن الحتيم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (2848)]

(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Mandilah kamu pada hari Jumaat, kerana sesiapa yang mandi pada hari Jumaat maka baginya kaffarah (pengampunan dosa) di antara satu ke Jumaat seterusnya, serta penambahan (pengampunan dosa) sebanyak tiga hari.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat serta al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2848]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.