Sebaik-baik ribath adalah menanti masuknya waktu solat, serta melazimi majlis-majlis zikir

TEKS BAHASA ARAB

أفضل الرباط انتظار الصلاة، ولزوم مجالس الذكر، وما من عبد يصلى ثم يقعد في مقعده إلا لم تزل الملائكة تصلي عليه حتى يحدث أو يقوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baik ribath adalah menanti masuknya waktu solat, serta melazimi majlis-majlis zikir. Dan tidak ada seorang hamba (Allah) yang mendirikan solat, kemudian dia duduk di tempat duduknya melainkan para malaikat akan berterusan berselawat ke atasnya sehinggalah dia berhadas atau dia bangun dari tempat tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 264, hadis nombor 1377. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((أفضل الرباط انتظار الصلاة، ولزوم مجالس الذكر، وما من عبد يصلى ثم يقعد في مقعده إلا لم تزل الملائكة تصلي عليه حتى يحدث أو يقوم)). [الطيالسي، ((الضعيفة)) (2854)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik ribath adalah menanti masuknya waktu solat, serta melazimi majlis-majlis zikir. Dan tidak ada seorang hamba (Allah) yang mendirikan solat, kemudian dia duduk di tempat duduknya melainkan para malaikat akan berterusan berselawat ke atasnya sehinggalah dia berhadas atau dia bangun dari tempat tersebut.
[Riwayat al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2854]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs