Mana-mana wanita yang dikahwinkan oleh dua orang wali, maka dia dikira bagi wali yang pertama

TEKS BAHASA ARAB

أيما امرأة زوجها وليان فهي للأول وأيما رجل باع بيعا من رجلين فالبيع للأول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana-mana wanita yang dikahwinkan oleh dua orang wali, maka dia dikira bagi wali yang pertama. Mana-mana lelaki yang menjual sesuatu barang daripada dua orang lelaki, maka jualan yang dikira adalah yang pertama.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 32, hadis nombor 142. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (2088) والنسائي (7/ 314) والترمذي (1110) وابن ماجه (2191) بشطره الثاني، والدارمي (2/ 64) وأحمد (5/ 8، 11، 12، 18) والطيالسي (903) وابن الجارود (622) والطبراني في الكبير (ج 7/ رقم 6839- 6843) وفي مسند الشاميين (2649) والحاكم (2/ 35، 174- 175) والبيهقي (7/ 139، 141) من طرق عن قتادة، عن الحسن عن سمرة بن جندب مرفوعاً فذكره. وأخرج ابن ماجه (2190) شطره الثاني من طريق سعيد بن أبي عروبة عن قتادة عن الحسن عن عقبة بن عامر أو سمرة.
هكذا على الشك في اسم الصحابي. وأخرجه الدارمي أيضاً (2/ 63- 64) بالشك، ولكن بلفظه تاماً. والشك من سعيد بن أبي عروبة كما يظهر من تأمل الطرق. قال الترمذي: حديث حسن. وقال الحاكم: صحيح على شرط البخاري. ووافقه الذهبي. ونقل الحافظ في التلخيص (3/ 165) أن أبا زرعة وأبا حاتم صححاه، ثم قال: وصحته متوقفة على ثبوت سماع الحسن من سمرة، فإن رجاله ثقات. أهـ‍.
قلت: صرح جمع من النقاد بثبوت سماع الحسن من سمرة ولكن الحسن مدلس. فنحتاج إلى تصريحه بالسماع في كل حديث على حدة. أما الاختلاف على الحسن فيه، فلا يضر لأن الذي شك في تعيين الصحابي هو سعيد بن أبي عروبة كما قدمت. وقد خالفه كثير من الثقات فهم يترجحون عليه. والله أعلم.

Dha’if. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (2088), al-Nasa’ei (7/314), al-Tirmizi (1110), Ibn Majah (2191) bahagian yang kedua, al-Darimi (2/64), Ahmad (5/8, 11, 12, 18), al-Tayalisi (903), Ibn al-Jarud (622), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 7/hadith : 6839-6843), juga dalam Musnad al-Shamiyyin (2649), al-Hakim (2/35, 174-175) dan al-Baihaqi (7/139, 141) melalui sanad daripada Qatadah daripada al-Hasan daripada Samurah bin Jundub secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut.
Bahagian kedua itu juga telah dikeluarkan oleh Ibn Majah (2190) melalui sanad Sa’id bin Abi ‘Arubah daripada Qatadah daripada al-Hasan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir atau Samurah. Demikian berlakunya syak dalam menyebutkan nama sahabat. Ianya juga telah dikeluarkan oleh al-Darimi (2/63-64) dengan syak, tapi dengan lafaz yang lengkap. Syak tersebut berpunca daripada Sa’id bin Abi ‘Arubah sebagaimana yang jelas bagi sesiapa yang memerhatikan sanad-sanad tersebut.
Selain itu, Al-Tirmizi juga berkata: "Hadith hasan". Al-Hakim pula berkata: "Sahih berdasarkan syarat al-Bukhari", dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Hafiz telah menukilkan dalam al-Talkhis (3/165) bahawa Abu Zur’ah dan Abu Hatim telah menilainya sebagai sahih, kemudian al-Hafiz berkata: "Kesahihannya bergantung kepada thabit atau tidak al-Hasan mendengar hadith daripada Samurah, kerana kesemua perawi-perawinya adalah perawi-perawi thiqah".
Saya berkata: Sekumpulan al-Nuqqad menyebutkan dengan jelas bahawa thabi al-Hasan mendengar hadith daripada Samurah. Namun, al-Hasan seorang Mudallis, maka beliau perlu menyebutkan jelas lafaz sama’ pada setiap hadith. Adapun perbezaan riwayat yang berlaku terhadap al-Hasan pada sanad tersebut, ianya tidak memberikan kesan kerana perawi yang syak dalam menentukan sahabat tersebut adalah Sa’id bin Abi ‘Arubah sebagaimana telah disebutkan. Teramat ramai perawi-perawi thiqah lain meriwayatkan berbeza dengan Sa’id (iaitu tanpa syak), mereka perlu didahulukan berbanding Sa’id. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.