TEKS BAHASA ARAB
"السجل": كاتب كان للنبي صلى الله عليه وسلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Al-Sijil (buku catitan): merupakan penulis bagi Nabi SAW.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1531, hadis nombor 7777. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس وابن عمر- رضي الله عنهم -: (("السَّجل": كاتب كان للنبي صلى الله عليه وسلم.)) [عق، عد، طب، هق، د، ن في ((الكبرى))، خط، ((الضعيفة)) (5676)].
(Munkar)
Daripada Ibn Abbas dan Ibn Umar RA: “Al-Sijil (Buku catitan): merupakan penulis bagi Nabi SAW.”
[Riwayat al-Uqaili di dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adiy di dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-Tabarani di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubrā, Abu Dāwud di dalam Sunannya, al-Nasa’ī di dalam Sunan al-Kubra dan al-Khatib al-Baghdadi di dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5676]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.