Malaikat akan sentiasa berselawat kepada salah seorang kalian

TEKS BAHASA ARAB

لا تزال الملائكة تصلي على أحدكم؛ ما دامت مائدته موضوعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Malaikat akan sentiasa berselawat kepada salah seorang kalian, selama mana hidangannya disajikan (kepada tetamu dan sebagainya).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 418, hadis nombor 2254. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله ﷺ: «لا تزال الملائكةُ تصلِّي على أحدِكم؛ ما دامتْ مائدتُه موضوعةً». [أبو نعيم والسلمي كلاهما في «أربعي الصوفية»، الأصبهاني، «الضعيفة» (5272)].

(Lemah) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Malaikat akan sentiasa berselawat kepada salah seorang kalian, selama mana hidangannya disajikan (kepada tetamu dan sebagainya)". [Diriwayatkan oleh Abu Nu'aym dan al-Sulami, mereka berdua dalam Arba’i al-Sufiyyah dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5272].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs