Makanlah, letakkan kepercayaan kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

كل ثقة بالله وتوكلا عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Makanlah, letakkan kepercayaan kepada Allah dan bertawakkallah kepada-Nya

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 20, hadis nombor 129. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف مرفوعاً.
أخرجه أبو داود (3925) والترمذي (1817) وابن ماجه (3542) وابن حبان (1433) وابن جرير في تهذيب الآثار (رقم 84- مسند علي) والطحاوي في شرح الآثار) (4/ 309) وابن أبي الدنيا في الخمول (ق 156/ 2) والعقيلي في الضعفاء (4/ 242) وابن السني في اليوم والليلة (465) والحاكم (4/ 136- 137) وابن الجوزي في الواهيات (2/ 869) من طريق يونس بن محمد، ثنا المفضل بن فضالة عن حبيب بن شهيد عن محمد بن المنكدر عن جابر بن عبد الله أن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم أخذ بيد مجذوم فوضعها معه في قصعة، وقال: كل بسم الله… الحديث.
قال الترمذي: هذا حديث غريب لا نعرفه إلا من حديث يونس بن محمد عن المفضل ابن فضالة. والمفضل بن فضالة شيخ بصري والمفضل بن فضالة شيخ آخر بصري أوثق من هذا وأشهر. وقد روى شعبة هذا الحديث عن حبيب بن الشهيد عن ابن بريدة، أن ابن عمر أخذ بيد مجذوم. وحديث شعبة أثبت عندي، وأصح أ. هـ‍.
وقال ابن الجوزي: قال الدارقطني: تفرد به المفضل
قلت: وهو ضعيف، قال ابن معين: ليس هو بذاك. وقال النسائي: ليس بالقوي. وقال ابن عدي في الكامل (6/ 2404) : لم أر حديثه أنكر من هذا الحديث الذي أمليته، وباقي حديثه مستقيم. أما الحاكم فقال: صحيح إسناد ووافقه الذهبي ‍
وهذا عجب، لا سيما من الذهبي فإنه نقل كلام ابن عدي السابق وأقره. وفي الحديث علة أخرى وهي الاختلاف على حبيب بن الشهيد في إسناده كما أشار الترمذي. وقد بحثت عن رواية شعبة عن حبيب، عن ابن بريدة، عن ابن عمر فلم أظفر بها. ووقع في الميزان (4/ 169) : عن عمر. فلعل فيه سقطاً. ثم رأيت الحافظ في الفتح (10/ 160) ذكر عن الترمذي والنسخة كثيرة الأخطاء. لكن الذي رأيته أن شعبة يروي هذا، عن حبيب بن الشهيد، عن عبد الله بن بريدة، أن سلمان الفارسي كان يصنع الطعام، فيدعو المجذمين، فيأكل معهم.
أخرجه العقيلي في الضعفاء (4/ 242) وأبو نعيم في الحلية (1/200) من طريقين عن شعبة، عن حبيب به. وتابعه سفيان بن حبيب، عن بن الشهيد به. أخرجه ابن جرير في التهذيب (رقم 77- مسند علي). قال العقيلي: هذا أصل الحديث، وهذه الرواية أولى.
قلت: ورجاله ثقات، لكنى لم أر أحداً ذكر لعبد الله بن بريدة رواية عن سلمان، مع كونه أدركه، وكان لعبد الله تسعة عشر عاماً يوم مات سلمان رضي الله عنه سنة (34) والله أعلم. وللحديث طريق آخر إلى محمد بن المنكدر.
أخرجه ابن عدي في الكامل (1/ 281) ، (4/ 1637) ومن طريقه ابن الجوزي في الواهيات (2/870) من طريق عبيد الله بن تمام عن إسماعيل بن مسلم، عن محمد بن المنكدر، عن جابر فذكره بمثله. قال ابن الجوزي: قال أحمد إسماعيل المكي منكر الحديث. قال يحيى: لم يزل مختلطاً، وليس بشيء. وقال علي: لا يكتب حديثه. وقال النسائي: متروك الحديث.
قلت: وأيضاً عبيد بن تمام ضعفه أبو حاتم، وأبو زرعة، والدارقطني، وقال البخاري: عنده عجائب. بل كذبه الساجي. فالسند واه جداً. فحاصل البحث أنه لا يصح مرفوعاً، والصواب أنه موقوف فقد ثبت عن بعض الصحابة أنهم أكلوا مع المجذومين كما مضى عن سلمان.
وفي الباب عن عمر بن الخطاب، رضي الله عنه. أخرجه البخاري في التاريخ الكبير (2/ 2/ 260) مختصراً وابن جرير في التهذيب (75، 76، – مسند علي) من طريق شعبة عن سماك بن حرب سمعت أبا مريم شييم بن ذييم، قال: شهدت عمر بن الخطاب وهو يطعم فجاء رجل به شيء من برص فوضع يده في الطعام.
ورجاله ثقات حاشا شييم هذا. فقد ترجمه البخاري وابن أبي حاتم (2/1/384) ولم يذكرا فيه جرحاً ولا تعديلاً وذكره ابن حبان في الثقات (4/ 369) . وأخرج ابن سعد (4/ 118) قصة لمعيقيب بن أبي فاطمة وكان أجذم مع عمر يتقوى بها. والله أعلم.

Dha’if secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (3925), al-Tirmizi (1817), Ibn Majah (3542), Ibn Hibban (1433), Ibn Jarir dalam Tahzib al-Athar (hadith : 84 – Musnad ‘Ali), al-Tahawi dalam Syarh al-Athar (4/309), Ibn Abi al-Dunya dalam al-Khumul (hlm. 156/2), al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (4/242), Ibn al-Sunni al-Yawm Wa al-Lailah (465), al-Hakim (4/136-137), dan Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (2/869) melalui sanad Yunus bin Muhammad, katanya al-Mufadhdhal bin Fudhalah telah menceritakan kepada kami daripada Habib bin Shahid daripada Muhammad bin al-Munkadir daripada Jabir bin ‘Abdillah bahawa Rasulullah SAW telah memegang tangan seorang yang terkena kusta, lalu Baginda SAW meletakkan bersamanya dalam satu pinggang, kemudiannya Baginda SAW bersabda: "Makanlah dengan nama Allah…"
Al-Tirmizi juga mengulas dengan katanya : "Ini hadith gharib, tidak kami ketahuinya melainkan daripada hadith Yunus bin Muhammad daripada al-Mufadhdhal Ibn Fudhalah. Al-Mufadhdhal bin Fudhalah adalah Syeikh, penduduk Basrah.al-Mufadhdhal bin Fudhalah seorang Syeikh lain yang juga pendudk Basrah lebih thiqah dan lebih masyhur daripada yang ini. Syu’bah juga telah meriwayatkan hadith ini daripada Habib bin al-Shahid daripada Ibn Buraidah bahawa Ibn ‘Umar telah memegang tangan orang yang terkena kusta. Hadith Syu’bah lebih thabit dan lebih sahih di sisi saya". Ibn al-Jawzi juga berkata: "al-Daraqutni berkata: ‘al-Mufadhdhal bersendirian meriwayatkan hadith ini"
Saya berkata: Beliau seorang yang dha’if. Ibn Ma’in berkata: "Beliau tidak kuat". Al-Nasa’ei berkata: :"Beliau tidak kuat". Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (6/2404) berkata: "Saya belum melihat hadithnya yang lebih munkar berbanding hadith ini yang aku tulisnya. Hadith-hadith beliau yang lain adalah lurus". Al-Hakim pula berkata: "Sahih sanadnya". Dipersetujui oleh al-Zahabi. Ini suatu yang pelik, terutama al-Zahabi kerana beliau sendiri yang menukilkan kata-kata Ibn ‘Adi tadi dan mengakuinya. Dalam hadith tersebut ada kecacatan yang lain, iaitu berlaku perbezaan riwayat pada Habib bin al-Shahid dalam sanadnya sebagaimana telah diisyaratkan oleh al-Tirmizi.
Saya telah mencari riwayat Syu’bah daripada Habib daripada Ibn Buraidah daripada Ibn ‘Umar, namun saya belum menemuinya. Terdapat dalam al-Mizan (4/169): "…daripada ‘Umar", boleh jadi berlaku keguguran padanya. [Kemudian saya melihat al-Hafiz dalam al-Fath (10/160) menyebutkan daripada al-Tirmizi]. Nuskhah tersebut banyak berlaku kesilapan. Namun, yang saya lihat adalah Syu’bah meriwayatkan hadith ini daripada Habib bin al-Shahid daripada Abd Allah bin Buraidah bahawa Salman al-Farisi selalu membuat makanan, lalu beliau menjemput orang-orang yang terkena kusta, lalu beliau makan bersama mereka. Ianya telah dikeluarkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ 94/242), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (1/200) melalui dua sanad daripada Syu’bah daripada Habib dengan sanadnya. Riwayat beliau telah disokong oleh Sufyan bin Habib daripada Ibn al-Shahih dengan sanadnya. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Jarir dalam al-Tahzib (hadith : 77- Musnad ‘Ali). Al-‘Uqaili berkata: "Ini adalah asal hadith tersebut dan riwayat ini lebih utama".
Saya berkata: Kesemua perawinya adalah thiqah. Namun, saya tidak pernah melihat sesiapapun menyebutkan adanya Abd Allah bin Buraidah meriwayatkan daripada Salman sekalipun beliau sempat (sezaman dengannya). Abd Allah berumur 19 tahun ketika hari kematian Salman, iaitu tahun 34 Hijrah. Wallahua’lam. Hadith tersebut ada satu sanad lain kepada Muhammad bin al-Munkadir. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (1/281), (4/1637), juga oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (2/870) melalui Ibn ‘Adi, daripada ‘Ubaidillah bin Tamam daripada Isma’il bin Muslim daripada Muhammad bin al-Munkadir daripada Jabir, lalu beliau menyebutkan hadith semisalnya. Ibn al-Jawzi juga mengulas dengan katanya: "Ahmad bin Isma’il al-Makki seorang Munkar al-Hadith. Yahya berkata: ‘Beliau terus menerus berlaku kecelaruan ingatan dan beliau tidak ada nilainya’, ‘Ali pula berkata: ‘Tidak boleh ditulis hadithnya’, al-Nasa’ei berkata: ‘Matruk al-Hadith’".
Saya berkata: ‘Ubaid bin Tamam juga telah dinilai dha’if oleh Abu Hatim, Abu Zur’ah, dan al-Daraqutni. Al-Bukhari berkata: ‘Di sisinya ada riwayat-riwayat yang pelik". Bahkan al-Saji menilainya sebagai pendusta. Oleh itu, sanad tersebut terlalu dha’if. Justeru, kesimpulan perbahasan ini adalah ianya tidak sahih secara marfu’. Sebetulnya ianya mawquf. Telah thabit daripada sebahagian sahabat bahawa mereka makan bersama orang-orang yang terkena kusta sebagaimana yang lalu daripada Salman. Dalam bab tersebut ada diriwayatkan daripada ‘Umar al-Khattab r.a. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Kabir (2/2/260) secara ringkas, Ibn Jarir dalam al-Tahzib (75-76- Musnad ‘Ali) melalui sanad Syu’bah daripada Simak bin Harb, katanya saya telah mendengar Abu Maryam Shuyaim bin Zuyaim, katanya Aku pernah menyaksikan ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau sedang makan, lalu seorang lelaki yang terkena penyakit kusta telah datang, beliau pun meletakkan tangannya pada makanan.
Kesemua perawinya thiqah kecuali Shuyaim ini. Al-Bukhari dan Ibn Abi Hatim (2/1/384) telah membuat biografi beliau namun mereka berdua tidak menyebutkan apa-apa kritikan mahupun pujian terhadap beliau. Ibn Hibban turut menyebutkannya dalam al-Thiqat (4/369). Ibn Sa’d (4/118) turut mengeluarkan kisah Mu’aqib bin Abi Fatimah beliau seorang yang berpenyakit kusta bersama ‘Umar, boleh menguatkannya. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs