Makanlah kalian al-Balah (kurma yang belum matang) dengan al-Tamr (kurma yang sudah matang)

TEKS BAHASA ARAB

حديث: كلوا البلح بالتمر فإن الشيطان إذا رآه غضب وقال: عاش ابن آدم حتى أكل الجديد بالخلق.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Makanlah kalian al-Balah (kurma yang belum matang) dengan al-Tamr (kurma yang sudah matang), kerana sesungguhnya syaitan jika melihatnya ia akan marah sambil berkata: Anak Adam telah hidup sehingga dia makan yang baru dengan yang usang.


STATUS

Tiada asal baginya


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 181, hadis nombor 63. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه أبو بكر الشافعي عن عائشة مرفوعا.
قال الدارقطني: تفرد به أبو زكير عن هشام قال العقيلي: لا يتابع عليه ولا يعرف إلا به وقال ابن حبان: لا أصل له.
قال ابن الجوزي: قد أخرج مسلم لأبي زكير ولعل الزلل من قبل محمد ابن شداد المسمعي.
وقال في اللآلىء: قد أخرجه النسائي وابن ماجه والحاكم في المستدرك.
وقال الذهبي في مختصره: إنه حديث منكر .

Abu Bakar as-Syafie meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW).
Al-Daraqutni berkata: Abu Zukair bersendirian meriwayatkannya daripada Hisyam.
Al-Uqaili berkata: Abu Zukair tidak disokong oleh perawi lain dan tidak diketahui hadith ini melainkan melalui beliau. Ibn Hibban berkata: Tidak ada asal baginya.
Ibn Jauzi berkata: Muslim meriwayatkan dari Abu Zukair dan kemungkinan kesilapan datang dari Muhammad Ibn Syadad al-Musamma’i.
Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al- La’ali’: Al-Nasaie, Ibn Majah, dan al-Hakim di dalam kitab Mustadrak, telah meriwayatkannya.
Al-Zahabi berkata di dalam kitabnya Mukhtasar: Sesungguhnya ia hadith munkar (terlalu daif).


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs