TEKS BAHASA ARAB
مسكين رجل بلا امرأة، ومسكينة امرأة بلا رجل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Lelaki yang miskin adalah tiadanya wanita (isteri) manakala perempuan yang miskin adalah yang tiada lelaki (suami).
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 119, hadis nombor 141. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن تيمية: ليس هذا من كلام النبي صلى الله عليه وسلم.
Ibnu Taimiyyah telah berkata: Sesungguhnya ini bukanlah ucapan daripada baginda Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasalam.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.