TEKS BAHASA ARAB
وروي عن عمر أنه قتل أباه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Diriwayatkan daripada ‘Umar, bahawa sesungguhnya ‘Umar telah membunuh ayahnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 118, hadis nombor 139. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وَهُوَ كذب فَإِن أَبَا عمر مَاتَ فِي الْجَاهِلِيَّة قبل بعث النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم.
Dan ini merupakan suatu pendustaan, sesungguhnya ayah ‘Umar itu telah meninggal dunia pada zaman jahiliyyah dimana sebelum kelahiran baginda Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wasalam. Hal ini sepertimana yang telah diberitahu oleh Ibnu Taimiyyah.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.