TEKS BAHASA ARAB
نهى عن المراثي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Daripada Abdullah bin Awfa RA berkata: “Rasulullah SAW melarang meratapi mayat.”
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1748, hadis nombor 8815. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله ابن أبي أوفى-رضي الله عنه- قال: ((نهى -صلى الله عليه وسلم- عن المراثي.)) [ه، ك، حم، الطيالسي، الخطابي في ((الغريب))، ((الضعيفة)) (4724).
(Lemah)
Daripada Abdullah bin Awfa RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW melarang meratapi mayat.”
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam Musnadnya, al-Toyalisi dan al-Khattabi dalam al-Gharib. Lihat Silsilah al-Dai'fah no 4624].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.