Orang-orang ajam mendahulukan orang-orang yang tua dalam kalangan mereka apabila mereka menulis

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

العجم يبدأون بكبارهم إذا كتبوا، فإذا كتب أحدكم إلى أحد؛ فليبدأ بنفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang-orang ajam mendahulukan orang-orang yang tua dalam kalangan mereka apabila mereka menulis. Oleh itu, apabila seseorang kamu menulis kepada seseorang, maka mulakan dengan dirinya sendiri.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1270, hadis nombor 6499. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: العجم يبدأون بكبارهم إذا كتبوا، فإذا كتب أحدكم إلى أحد؛ فليبدأ بنفسه.
[ابن جرير، ((الضعيفة)) (3933)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang-orang ajam (bukan Arab) mendahulukan orang-orang yang tua dalam kalangan mereka apabila mereka menulis. Oleh itu, apabila seseorang kamu menulis kepada seseorang, maka mulakan dengan dirinya sendiri.
[Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3933]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.