TEKS BAHASA ARAB
إذا رددت على السائل ثلاثا فلا عليك أن تزبره.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika engkau telah menolak permintaan orang yang meminta sebanyak 3 kali (dan dia masih belum pergi darimu), maka tidak salah engkau memarahinya.
STATUS
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 871, hadis nombor 4460. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا رددت على السائل ثلاثا فلا عليك أن تزبره)). [طس، ((الضعيفة)) (2507)].
(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Jika engkau telah menolak permintaan orang yang meminta sebanyak 3 kali (dan dia masih belum pergi darimu), maka tidak salah engkau memarahinya.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2507]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.