TEKS BAHASA ARAB
إذا سألتم الحوائج فاسألوها الناس، قالوا: يا رسول الله! ومن الناس؟ قال: أهل القرآن، ثم أهل العلم، ثم صباح الوجوه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika kamu ingin mendapatkan sesuatu hajat maka mintalah dari manusia.” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah manusia tersebut? Baginda bersabda “Ahli al-Quran, kemudian ahli ilmu, kemudian dari orang-orang yang manis mukanya.
STATUS
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 871, hadis nombor 4461. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا سألتم الحوائج فاسألوها الناس))، قالوا: يا رسول الله! ومن الناس؟ قال: ((أهل القرآن، ثم أهل العلم، ثم صباح الوجوه)). [فر، ((الضعيفة)) (2823)].
(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Jika kamu ingin mendapatkan sesuatu hajat maka mintalah dari manusia.” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah manusia tersebut? Baginda bersabda “Ahli al-Quran, kemudian ahli ilmu, kemudian dari orang-orang yang manis mukanya.”
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2823].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.